3.0 LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA
Pemerintahan dan pentadbiran Negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah sedia dipraktikkan oleh masyarakat melayu sebelum era kolonial lagi. Struktur pentadbiran sebuah kerajaan melayu dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan kesultanan melayu Melaka . Setelah kedatangan british , khususnya pada abad ke-19 berlaku perubahan dalam hala cara berpolitik , sistem pemerintahan dan pentadbiran negara
Hal ini berlaku apabila British mula campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri melayu dan memperkenalkan bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu. Keadaan ini berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaandengan struktur pentadbiran yang baharu diterima pakai yang dikenali sebagaiSistem Pengasingan Kuasa.Melalui sistem ini Badan Eksekutif(pentadbiran) menjalankan hal ehwal pentadbiran negara , manakala Badan Legislatif(perundangan) membentuk undang- undang,Badan Judisiari(kehakiman) menjalankan proses kehakiman dan keadilaan.Walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud ,namun pada hakikatnya pengasingan kuasa tersebut sukar dijalankan secara menyeluruhmemandangkan setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain .
3.1 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
3.1.1 MAJLIS RAJA- RAJA
Majlis raja-raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukan dan statusnya dalam negara. Badan ini dianggotai oleh Sembilan orang sultan dan empat orang gabenor atau Yang Dipertuan Negeri. Badan ini dipimpin oleh YDPA. Antara bidang tugas utama Majlis Raja-Raja adalah memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak, memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau mmberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja,memikirkan polisi negara dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan negara,merupakan sebuah badan khas yang bertindak memelihara hak istimewa orang melayu. Jika berlaku apa-apa tuntutan atau isu tentang kedudukan orang melayu, perkara tersebut mestilah dibincangkan terlebih dahulu di majlis ini, majlis Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara perlantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri, iaitu perlantikan Ketua Hakim Negara,dua orang Hakim Besar dan Hakim Makhamah Agong perlantikan Audit Negara, perlantikan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya yang merupakan suruhanjaya bebas.
Majlis raja-raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukan dan statusnya dalam negara. Badan ini dianggotai oleh Sembilan orang sultan dan empat orang gabenor atau Yang Dipertuan Negeri. Badan ini dipimpin oleh YDPA. Antara bidang tugas utama Majlis Raja-Raja adalah memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak, memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau mmberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja,memikirkan polisi negara dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan negara,merupakan sebuah badan khas yang bertindak memelihara hak istimewa orang melayu. Jika berlaku apa-apa tuntutan atau isu tentang kedudukan orang melayu, perkara tersebut mestilah dibincangkan terlebih dahulu di majlis ini, majlis Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara perlantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri, iaitu perlantikan Ketua Hakim Negara,dua orang Hakim Besar dan Hakim Makhamah Agong perlantikan Audit Negara, perlantikan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya yang merupakan suruhanjaya bebas.
Majlis Raja-Raja juga mempunyai kuasa budi bicara yang meliputi perkara berikut memilih atau memecat YPDA dan Timbalan YPDA, memberikan nasihat tentang apa-apa perlantikan, mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan,kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja dan mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau upacara agama islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia
YANG DI- PERTUAN AGONG (YDPA)
Bertindak sebagai ketua negara atau ketua Persekutuan dan mempunyai beberapa peranan penting berkaitan dengan badan eksekutif (Jemaah Menteri). YDPA memainkan empat peranan utama iaitu:i. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan - YDPA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan baginda mesti bertindak atas nasihat jemaah menteri atau atas nasihat seorang menteri yang diberikan kuasa oleh jemaah menteri. Perkara 40(1[a]) Perlembagaan Persekutuan (pindaan perlembagaan) memperuntukkan bahawa baginda mesti bertindak atas nasihat yang diberikan.
ii. Perkara 40(2)a Perlembagaan Persekutuan - memperuntukkan kuasa budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri. Tetapi baginda dikehendaki mengikut kebiasaaan peraturan demokrasi berparlimen. Perlantikan tersebut hendaklah di kalangan ahli Dewan Rakyat dan merupakan ketua parti yang telah memenangi pilihanraya Parlimen sebelum ini.
iii.Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan - memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri dan Perkara 43(2) menyatakan susunan yang patut diikuti Baginda dalam hal tersebut iaitu, melantik seorang Perdana Menteri terdahulu (43[a]), kemudian barulah melantik anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri.
iv. Perkara 40(2)b Perlembagan Persekutuan - memperuntukkan kuasa budi bicara kepada baginda untuk mempersetujui atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen.
BADAN PENTADBIR/PELAKSANA(EKSEKUTIF)
Badan Pemerintah terdiri daripada Jemaah Menteri atau kabinet yang merupakan Badan pelaksana dasar kerajaan. Ia merupakan juga badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut undang-undang dan Perlembagaan, badan ini tidak boleh mengubal undang-undang dan urusan penghakiman. Kuasa memerintah negara Malaysia adalah terletak pada Yang Di-pertuan Agong mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tersebut tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan, dan mengikut peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi dengan undang-undang, Parlimen boleh juga memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain.
Apabila bertembung dengan situasi Yang Di-pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam negara Malaysia lebih daripada 15 hari, atau kerana sebab-sebab lain, maka Timbalan Yang Di-pertuan Agong selaku Timbalan Ketua Utama Negara bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang Di-pertuan Agong.
Kuasa eksekutif terbahagi pula kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Bidang kuasa kerajaan Persekutuan hanya bertumpu kepada Senarai Persekutuan, manakala bidang kuasa kerajaan Negeri pula terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Kedua-dua peringkat kerajaan ini bertanggungjawab menjalankan urusan-urusan pentadbiran dan pemerintahan. Mereka tidak melibatkan diri dalam urusan dan hal ehwal Perundangan dan juga Kehakiman
Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, badan ini terdapat penjawat-penjawat yang tertentu di kedua-dua peringkat kerajaan. Mereka berperanan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan. Jemaah Menteri (Kabinet) adalah Badan Pemerintah di peringkat Persekutuan, Badan Pemerintah di peringkat Negeri pula dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
3.1.3 BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
Badan ini hanya berfungsi mengubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat, dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain. Selain daripada mempunyai kuasa mengubal undang-undang Negara, Badan ini juga mempunyai kuasa mengubal undang-undang dalam negerinya. Terdapat tiga jenis undang-undang, undang-undang yang dibuat oleh Parlimen adalah Akta, undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri pula adalah Enakmen, bagi undang-undang yang dibuat oleh kerajaan Sarawak adalah Ordinan.
Badan Perundangan boleh juga dikenali sebagai Parlimen Malaysia, ia terdiri daripada Yang Di-pertuan Agong dan dua Dewan yang dikenali sebagai Dewan Negara dan juga Dewan Rakyat. Kewangan kerajaan juga dikawal oleh Parlimen, hanya dengan kuat kuasa daripada Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan, barulah cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikan. Setelah semua hasil yang diperoleh dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan, perlukan lagi kuasa Parlimen supaya wang tersebut boleh dibelanjakan.
Dari segi teori pengasingan kuasa tidak terdapat pertindihan kepentingan atau kuasa antara Badan-badan utama ini, tetapi dalam kontek Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan yang unik ini terdapat sedikit kelainan. Kelain ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengizinkan Badan Pemerintah (Jemaah Menteri) bagi mengubal, meminda dan meluluskan undang-undang di atas nama Parlimen. Ini bermakna kuasa mengubal undang-undang menurut Perlembagaan telah diamanahkan kepada Badan Pemerintah. Namun begitu, undang-undang yang siap digubal tidak boleh dikuatkuasakan sehingga Yang Di-pertuan Agong memperkenankan dan bagi satu tempoh yang tertentu.
3.1.4 BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)
Badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia adalah Badan Kehakiman. Badan Kehakiman melaksanakan tugas kehakiman dan kuasanya terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Badan ini berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh pihak kerajaan ataupun orang perseorangan. Seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara jenayah dan sivil. Perkara jenayah adalah melibatkan kanun keseksaan, manakala perkara sivil pula berkaitan dengan saman dan biasanya memerlukan afidavit.
Selain itu, Badan Kehakiman mempunyai kuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Badan Kehakiman boleh juga menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan Pemerintah dan Badan Perundangan. Mahkamah yang mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. Bagi sesuatu tindakan kerajaan yang tidak sah di sisi undang-undang, hanya Badan Kehakiman yang mempunyai kuasa mengisytiharkannya. Mahkamah tiada kuasa meminda undang-undang, kerana perkara tersebut merupakan kuasa Badan Perundangan (Parlimen).
Dengan kata lain, Badan Kehakiman bertindak sebagai satu intitusi yang menjaga keluhuran Perlembagaan dan memelihara keseimbangan kuasa antara Badan Pemerintah dan Badan Perundangan. Peranan kedua bagi Badan Kehakiman adalah menjaga keadilan. Hukuman dan keadilan yang diputuskan oleh Badan Kehakiman tidak mengira atau dipengaruhi oleh status, darjat, bangsa, agama atau keturunan seseorang. Hakim yang dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri tidak dibenarkan bergiat dalam politik
3.2 DEMOKRASI BERPARLIMEN
Kerajaan Demokrasi Berparlimen diperkenalkan di Malaysia buat pertama kalinya apabila Majlis Persekutuan (Federal Council) ditubuhkan pada tahun 1909. Pada tahun 1927, majlis ini telah mengalami sedikit perubahan, bentuk asal majlis ini masih dikekalkan, tetapi Raja atau Sultan tidak lagi menjadi ahli dan digantikan dengan lebih ramai wakil yang dilantik dari pelbagai sektor dan pegawai-pegawai pentadbir British. Pada tahun 1951, sistem baru yang diberi nama Sistem Ahli (Member system) telah diperkenalkan. Sistem Ahli ini merupakan satu mini kabinet kerana ahli-ahli yang mengetuainya bersifat seorang menteri. Ini merupakan satu peralihan pentadbiran dan satu langkah positif yang biasa dilakukan oleh British kepada tanah jajahannya.
Demokrasi Berparlimen ialah corak kerajaan yang memberi peluang kepada rakyat melibatkan diri dalam sistem perlembagaan negara. Dengan mengamalkan demokrasi berparlimen, rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya, maka mereka bolehlah menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Ini membawa makna Demokrasi Berparlimen adalah corak kerajaan yang bergantung pada persetujuan ramai. Suara rakyat adalah amat penting dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran ini dapat kami lihat dari slogan “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat” yang telah digunapakai dalam sistem pemerintahan Malaysia. Selain daripada itu, undang-undang juga digubal oleh rakyat ataupun perwakilan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
3.3 RAJA BERPERLEMBAGAAN
Sistem Raja Berperlembagaan pula adalah suatu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Pemerintah iaitu Yang Di-Pertuan Agong akan dilantik oleh Raja-raja Melayu dan dibantu oleh Perdana Menteri. Yang Di-Pertuan Agong bertindak nasihat Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali perkara yang memerlukan budi bicara baginda. Yang Di-Pertuan Agong merupakan tonggak keagungan Malaysia dan juga simbol perpaduan rakyat sejak merdeka hingga kini. Baginda dipilih daripada kalangan 9 Raja Melayu secara bergilir-gilir mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu: Negeri Sembilan – Selangor – Perlis – Terengganu – Kedah – Kelantan – Pahang – Johor – Perak. Yang Di-Pertuan Agong selain daripada memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja, baginda juga membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di Malaysia.
Malaysia telah memilih mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan. Maka Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara[2] Malaysia. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berasaskan sistem Persekutuan. Ini bermakna, semua negeri yang terdapat di Malaysia telah bersetujui dengan konsep penubuhan negara Malaysia. Dan setiap negeri yang terbabit akan menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti pertahanan, pelajaran, kewangan dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia (ditadbir oleh Kerajaan Pusat). Ia telah tercatat ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
3.4 PILIHAN RAYA
Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak samada di peringkat persekutuan mahupun negeri. malahan peluang membuang undi telah pernah dinikmat oleh rakyat negara ini sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1951 dan 1955.
Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan.ataupun negeri. secara umum, pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketelusan pengundiaan tercapai melalui prosuder yang kemas dan teratur.Walau bagaimanapun,pengiraan undi dilaksanakan secara terbuka. calon yang mendapat und yang terbanyak dikira sebagai menang. kemenangan tetap diambil kira walaupon dengan majoriti mudah.
No comments:
Post a Comment