BAB 2 : PERJUANGAN KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
Kebangkitan Semangat Nasionalisme Mengikut Kaum
Nasionalisme Melayu
Berkembang mengikut tahap :
- Tahap keagamaan (1906-1926)
- Tahap sosial dan ekonomi ((1926-1938)
- Tahap politik (mulai 1938)
Perkembangan nasionalisme melayu telah dipengaruhi dan dipimpin oleh tiga golongan utama :
- Golongan berpendidikan Islam
- Golongan berpendidikan Melayu
- Golongan berpendidikaan Inggeris
Pada tahap keagamaan dipengaruhi oleh gerakan Reformis Islam dan dipelopori oleh Sheikh Muhamad Abduh dan kumpulan penyokongnya Al-Manar (memperjuangkan konsep Pan-islam) . Perjuangan mereka dikenali sebagai 'Pembaharuan Islam' atau 'Gerakan Wahabi'.
Pada tahap sosioekonomi , perjuangan lebih bersifat sekular .Pada tahap ini juga konsep Pan-islamisme kurang dibangkitkan.
Pada tahap politik pula, perjuangan dalam kalangan melayu lahir ekoran tekanan daripada bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada tahun 1920-an .Parti-parti politik telah ditubuhkan dan sebahagian besarnya memperjuangkan konsep 'Tanah Melayu untuk Orang Melayu' .Bagi golongan yang lebih radikal, mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Perjuangan KMM kurang mendapat sambutan kerana konsep penyatuannya dengan Indonesia dianggap terlalu radikal dan susah diterima oleh orang Melayu.
Nasionalisme Cina
Perjuangan kaum cina lebih kepada pergolakan politik di Negara China.Kesedaran politik orang cina di Tanah Melau bermula sejak perang China-Jepun lagi.
Antara faktor yang mempengaruhi semangat nasionalisme orang cina :
- Gerakan pembaharuan yang dikenali sebagai rancangan 'Rancangan Pembaharuan 100 Hari'.Pengisytiharan dilakukan oleh Kuan Yu Wei bertujuan membawa pembaharuan di negara China. Gerakan ini menular dalam kalangan China khususnya di Perak dan Selangor.
- Gerakan Revolusioner yang berlangsung di China diterajui oleh Dr. Sun Yat Sen .Beliau menentang kekejaman yang dilakukan oleh Kerajaan Manchu.
- Pengaruh Parti Komintang dari China yang memperjuangkan semangat penyatuan negara China dan pengukuhan negara melalui perindustrian dan pemodenan.
- Penubuhan Parti Komnis Malaya (PKM) yang bermatlamat menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya.
Namun ,semangat nasionalisme orang cina terus berkembang dalam saluran yang lain.
Nasionalisme India
Sebelum Perang Dunia Kedua ,perjuangan politik India bertumpu kepada pergolakan politik di negara India, Selepas Perang Dunia Kedua mereka menumpukan kepada pergolakan politik di Tanah Melayu.
Antara isu yang mempengaruhi semangat politik orang India :
- Kegiatan antikolonial dalam kalangan Punjabi .Ianya dipengaruhi oleh pergerakan Ghadr yang bertujan menghakau Brtish dari India.
- Pengaruh parti-parti kaum India yang bertujuan membela kaum India. Persatuan ini bertanggungjawab meningkatkan taraf sosioekonomi orang india.
- Perjuangan Central India Association of Malaya (CIAM). Organisasi ini merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan empat buah dewan perniagaan India
2.1.2 Perjuangan dan idea-idea semangat kebangsaan melalui akhbar atau majalah
Al-Imam
- Al-Imam telah iasaskan oleh Syed Sheikh Al-Hadi di Singapura .
- Bertanggungjawab menyampaikan idea kaum muda berhubung pembaharuan dan memberi bimbingan kepada orang Melayu untuk bangkit dari kemunduran.
Al-Ikhwan
- Diasaskan oleh Syed Sheikh Al-Hadi di Pahang
- Bercorak islamiah
- Mengandungi isu kemunduran bangsa dan kebebasan kaum wanita
- Digerakkan oleh kaum muda
Saudara
- Diasaskan oleh Syed Sheikh Al-Hadi di Pulau Pinang
- Merupakan sambungan daripada Al-Imam
- Banyak menyentuh soal agama dan menggalakkkan rakyat agar memajukan diri
Neracha
- Diasaskan oleh Haji Abbas Mohd Taha di Singapura
- Memiliki konsep dan ciri-ciri yang hampir sama dengan Al-imam
- Bercorak keagamaan
Majlis
- Diasaskan oleh Abdul Rahim Kajai di Kuala Lumpur
- Penting dalam memberi sumbangan memperjuangkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu
- Ruangannya membolehkan orang ramai menulis tentang masalah ekonomi, sosial dan politik
Warta Malaya
- Diasaskan oleh Dato Onn Jaafar di Singapura
- Banyak memberi kesedaran kepada orang Melayu
- Mengecam dasar-dasar Inggeris
- Menjadi gelanggang untuk bertukar-tukar fikiran
Utusan Melayu
- Diasaskan oleh Abdul Rahim Kajai di Singapura
- Dianggap sebagai lambang perpaduan orang Melayu
- Digunakan sebagai bahan pengajaran di Sekolah
No comments:
Post a Comment