Tuesday, 22 March 2016

BAB 5: KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN 

PENGENALAN 
·       Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang berbilang bangsa dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantun.
·       Setiap kumpulan mengamalkan agama,adat,kebudayaan,bahasa,fahaman dan cara hidup yang tersendiri.

KONSEP-KONSEP DALAM HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK

 Takrif Etnik dan Kaum                                                                                 
ETNIK: satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama dari segi aspek adat resam,bahasa,pakaian atau kegiatan ekonomi.
 KAUM: pelbagai kaum yang wujud di Negara ini seperti malayu,cina,india,sikh,dan siam.Di Sarawak dan Sabah pula terdiri daripada Melanau,Iban,Dayak,Dusun,Kadazan dan sebagainya.

TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI SEGREGASI KE AMALGAMASI

·       SEGREGASI
Memperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik di tanah melayu.Orang Melayu,Cina dan India dipisahkan tempat tinggal dan diberi pekerjaan yang berbeza-beza.Sistem pendidikan ketiga tiga kaum ini juga berbeza.Orang Melayu tinggal di kampung-kampung,pedalaman,dan pesisir pantai.Bekerja sebagai petani dan bersekolah di Sekolah MelayuOrang Cina tinggal di pinggir Bandar dan kawasan Bandar.Bekerja sebagai peniaga serta pelombong dan bersekolah di Sekolah Cina.Orang india tinggal di ladang dan dikawasan estet.Bekerja sebagai buruh dan penoreh getah dan bersekolah di Sekolah Tamil.

·       AKOMODASI
Proses dimana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup,masing-masing. Formula bagi konsep akomodasi ialah A+B+C=A+B+C 

·       AKULTURASI 
Suatu proses pnerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain Contoh yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya Formula bagi konsep ini ialah Abc+Bac=Cab

·       ASIMILASI
Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama Formula bagi konsep ini ialah A+B+C=A(dominan)

·       AMALGAMASI
Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu Berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum Formula konsep ini ialah A+B+C=D(kelompok baharu)

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA


  • ·       KAUM MELAYU
Ditafsir sebagai penduduk asal TANAH MELAYU.Bagi negeri negeri di pantai timur Semenanjung,penduduk Tanah Melayu lebih ramai tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan dan bertani.Penguasaan ekonomi orang melayu terhadap sector negeri masing masing merosot setelah campur tangan British.Kemasukkan buruh asing secara ramai ramai telah menggalakkan kemunculan Bandar baru seperti TAIPING,IPOH,PORT WELT,TAPAH dan KAMPAR.Kaum melayu kekal di Bandar Bandar tradisi atau perkampungan masing masing.Masyarakat melayu tidak digalakkan untuk menyertai sector ekonomi moden.alasan british ialah agar adat resam dan tradisi dikekalkan dan tidak terganggu.


  • ·       KAUM CINA
Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat cina adalah terlalu kecil dan hanya berniaga sahaja.Pengambilan masyarakat cina diambil secara beramai ramai selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786. Selain aktiviti perlombongan,kemasukan orang cina disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir.Dibawa masuk ke Johor melalui system Sistem Kangchu

·       KAUM INDIA
Penghijrahan berlaku secara besaran mulai tahun 1840-an Bekerja sebagai buruh dan peladang .Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh india ialan Sistem Kangani.Wujud system dipanggil Sistem Kontrak Di lading getah

ASAS ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

 KAUM MELAYU
Penduduk TM,Sabah dan Sarawak,amnya menganut agama Islam.Agama Islam berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu.Al Quran dan hadith dijadikan panduan

 KAUM CINA
Agama dan kepercayaan yang diamalkan ialah TAOISME.Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran CONFUCIANISME.Membantu memperluaskan ajaran BUDDHA Confucianisme banyak mengajar ajaran moral

  KAUM INDIA
Menganuti agama Hindu
Ciri-ciri agama Hindu:
§  Kepercayaan kepada dewa dewa
§  Konsep karma dan kelahiran semula
§  Kitab kitab veda

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM

 KAUM MELAYU

·       Menggunakan bahasa Melayu
·       Mempunyai dialek2 tertentu
·       2 jenis adat:
§  Adat temenggung
§  Adat perpatih
·       Perayaan2 dan keagamaan
§  Aidilfitri
§  Aidiladha
§  Nuzul Quran
§  Maulud Nabi
§  Awal Muharam
·       Muzik/Tarian
§  Wayang Kulit
§  Makyung
§  Kuda Kepang
§  Menora
§  Tarian Gamelan
·       Adat perkahwinan
§  Merisik
§  Bertunang
§  Pelamin dan bersanding
·       Jenis pakaian
§  Sarung
§  Pakaian cik siti wan kembang
§  Pakaian puteri perak
§  Baju kurung teluk belanga
§  Baju kebaya labuh
§  Baju riau/Pahang
 KAUM CINA
·       Amalan
§  Calendar orang cina
§  Keinginan mendapat anak pertama lelaki
§  Pelajaran
§  Upacara pengebumian
·       Perayaan
§  Tahun baru cina
§  Chap goh mei
§  Perayaan ching ming
§  Perayaan hantu lapar
§  Perayaan kuih bulan
  KAUM INDIA
·       Kasta
§  Brahmin
§  Ksyatria
§  Vaisya
§  Sudra
·       Perayaan
§  Deepavali
§  Thaipusam
§  Thai ponggal
·       Pakaian
§  Sari
§  Dhotis
§  Vesti
§  Kurta
RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
·       Kaum melayu dan cina
·       Selepas pilihan raya 1969
·       Parti tindakan rakyat(DAP) dan gerakan menang
·       DAP dan Gerakan mengadakan perarakan secara besaran pada 11&12 Mei yang merupakan kesinambungan perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh
·       UMNO rasa tercabar kemudian turut buat perarakan sebab Berjaya menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya
·       Rusuhan kaum berlaku di kawasan kuala lumpur dan Selangor dalam jangka masa yang terhad
·       Jumlah kematian di Selangor seramai 172-196 dalam tempoh darurat
·       Tindakan
§  Pengistiharaan darurat
§  Pembentukan MAGERAN pada 17 Mei 1969
§  Penubuhan jabatan perpaduan Negara(JPN)dan majlis muhibah Negara(MMN)
§    Penubuhan majlis perundingan Negara(MARPEN)pada 29 Jan 1970

RUKUN NEGARA SEBAGAI SATU STRATEGI PEMANTAPAN PERPADUAN

 LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA
· Satu ideology Negara yang tercipta sebab peristiwa rusuhan kaum
· Tercetus semasa mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970
  OBJEKTIF RUKUN NEGARA
· Mencapai perpaduan yang erat dalam kalanagn masyarakat
·       Memelihara cara hidup demokratik
· Membentuk masyarakat yang adil dan supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama
· Membentuk masyarakat bersifat liberal,terutama terhadap kebudayaan masing2
· Membina masyarakat prograsif dengan sains dan teknologi

 PRINSIP PRINSIP RUKUN NEGARA
·       Kepercayaan kepada Tuhan
·       Kesetiaan kepada Raja dan Negara
·       Keluhuran Perlembagaan
·       Kedaulatan Undang-Undang
·       Kesopanan dan kesusilaan




Sila layari laman web tentang pembentangan kami bertajuk Dasar 1 Malaysia : 
https://prezi.com/rkr68otqalhs/pengajian-malaysia/











Saturday, 19 March 2016

BAB 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA 

DEFINISI PERLEMBAGAAN 

Perlembagaan merupakan prinsip prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang undang , adat atau peraturan yang lazim dipakai. 


4.2 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN 

Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu. 

Kronologi sejarah ringkas penggubalan adalah seperti berikut:

1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.

1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union
.  

1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948. 

Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963 


4.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN   

Keluhuran perlembagaan bermaksud Keagungan dan ketertinggian undang-undang. Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang diPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.

Undang-undang negeri mesti selaras dengan perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang negeri terbatal sekiranya bertentangan dengan Perlembagaan .
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan.  



4.4 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN 

Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.

BAHASA MELAYU

 Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan semenjak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman penjajahan British, bahasa Melayu mulai merosot memandangkan bahasa Inggeris lebih diutamakan. Kedudukan bahasa Melayu dikaji semula dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kedudukan bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam). Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu


AGAMA 

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semus individu untuk mengamalkan agamanya sendiri secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/sultan bertindak sebagai Ketua Agama di negerinya. Manakala, YDPA juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak. Mengikut perlembagaan, agama Islam terletak dalam Senarai Negeri. Ini bermaksud hanya negeri-negeri sahaja yang berkuasa dalam hal perundangan agama Islam. Antara perkara yang terkandung di bawah kuasa perundangan negeri mengenai Islam ialah: 
 1. Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga 
 2. Adat istiada Melayu 
 3. Wakaf
 4. Fitrah 
 5. Zakat
 6. Baitulmal
 7. Masjid 
 8. Mahkamah Syariah

KEWARGANEGARAAN

 Peruntukan-peruntukan pemerolehan keawrganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 23 hingga Perkara 28 Perlembagaan Persekutuan pula, menyenaraikan ciri yang berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan. Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara, iaitu: 
 1. Secara kuat kuasa undang-undang
 2. Secara pendaftaran/permohonan
 3. Secara masukan/naturalisasi 
 4. Secara cantuman wilayah  

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU 
 Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai: 
1. Seorang yang beragama Islam.   
2. Bertutur bahasa Melayu. 
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
 4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

 Manakala, Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) tergolong menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di Tanah Melayu. Antara perkara yang termasuk dalam keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera ialah: 
1. Perkhidmatan awam 
2. Ekonomi 
3. Pendidikan

KEBEBASAN ASASI 
Kebebasan asasi seseorang individu telah diperuntukkan dalam bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut: 

  1. Kebebasan diri 
  2. Keabdian dan kerja paksa 
  3. Kesamarataan di sisi undang-undang
  4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak 
  5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan 
  6. Kebebasan beragama
  7. Kesamarataan dalam pelajaran
  8. Hak untuk berharta 
  9 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan       perbicaraan berulang 

















BAB 3 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN     


3.0 LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA  

Pemerintahan dan pentadbiran Negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah sedia dipraktikkan oleh masyarakat melayu sebelum era kolonial lagi. Struktur pentadbiran sebuah kerajaan melayu dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan kesultanan melayu Melaka . Setelah kedatangan british , khususnya pada abad ke-19 berlaku perubahan dalam hala cara berpolitik , sistem pemerintahan dan pentadbiran negara

Hal ini berlaku apabila British mula campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri melayu dan memperkenalkan bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu. Keadaan ini berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaandengan struktur pentadbiran yang baharu diterima pakai yang dikenali sebagaiSistem Pengasingan Kuasa.Melalui sistem ini Badan Eksekutif(pentadbiranmenjalankan hal ehwal pentadbiran negara , manakala Badan Legislatif(perundangan) membentuk undang- undang,Badan Judisiari(kehakimanmenjalankan proses kehakiman dan keadilaan.Walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud ,namun pada hakikatnya  pengasingan kuasa tersebut sukar dijalankan secara  menyeluruhmemandangkan setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara   satu sama lain .


3.1 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA 

3.1.1 MAJLIS RAJA- RAJA 

          Majlis raja-raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukan dan statusnya dalam negara. Badan ini dianggotai oleh Sembilan orang sultan dan empat orang gabenor atau Yang Dipertuan Negeri. Badan ini dipimpin oleh YDPA. Antara bidang tugas utama Majlis Raja-Raja adalah memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak, memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau mmberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja,memikirkan polisi negara dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan negara,merupakan sebuah badan khas yang bertindak memelihara hak istimewa orang melayu. Jika berlaku apa-apa tuntutan atau isu tentang kedudukan orang melayu, perkara tersebut mestilah dibincangkan terlebih dahulu di majlis ini, majlis Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara perlantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri, iaitu perlantikan Ketua Hakim Negara,dua orang Hakim Besar dan Hakim Makhamah Agong perlantikan Audit Negara, perlantikan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya yang merupakan suruhanjaya bebas.

Majlis Raja-Raja juga mempunyai kuasa budi bicara yang meliputi perkara berikut memilih atau memecat YPDA dan Timbalan YPDA, memberikan nasihat tentang apa-apa perlantikan, mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan,kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja dan mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau upacara agama islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia


YANG DI- PERTUAN AGONG (YDPA)

       Bertindak sebagai ketua negara atau ketua Persekutuan dan mempunyai beberapa              peranan penting berkaitan dengan badan eksekutif (Jemaah Menteri). YDPA                          memainkan empat peranan utama iaitu:

      i.  Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan - YDPA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan baginda mesti bertindak atas nasihat jemaah menteri atau atas nasihat seorang menteri yang diberikan kuasa oleh jemaah menteri. Perkara 40(1[a]) Perlembagaan Persekutuan (pindaan perlembagaan) memperuntukkan bahawa baginda mesti bertindak atas nasihat yang diberikan.

ii. Perkara 40(2)a Perlembagaan Persekutuan - memperuntukkan kuasa budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri. Tetapi baginda dikehendaki mengikut kebiasaaan peraturan demokrasi berparlimen. Perlantikan tersebut hendaklah di kalangan ahli Dewan Rakyat dan merupakan ketua parti yang telah memenangi pilihanraya Parlimen sebelum ini.

iii.Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan - memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri dan Perkara 43(2) menyatakan susunan yang patut diikuti Baginda dalam hal tersebut iaitu, melantik seorang Perdana Menteri terdahulu (43[a]), kemudian barulah melantik anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri.

iv. Perkara 40(2)b Perlembagan Persekutuan - memperuntukkan kuasa budi bicara kepada baginda untuk mempersetujui atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen. 


BADAN PENTADBIR/PELAKSANA(EKSEKUTIF)  

         Badan Pemerintah terdiri daripada Jemaah Menteri atau kabinet yang merupakan Badan pelaksana dasar kerajaan. Ia merupakan juga badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut undang-undang dan Perlembagaan, badan ini tidak boleh mengubal undang-undang dan urusan penghakiman. Kuasa memerintah negara Malaysia adalah terletak pada Yang Di-pertuan Agong mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tersebut tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan, dan mengikut peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi dengan undang-undang, Parlimen boleh juga memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain.

            Apabila bertembung dengan situasi Yang Di-pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam negara Malaysia lebih daripada 15 hari, atau kerana sebab-sebab lain, maka Timbalan Yang Di-pertuan Agong selaku Timbalan Ketua Utama Negara bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang Di-pertuan Agong. 

            Kuasa eksekutif terbahagi pula kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Bidang kuasa kerajaan Persekutuan hanya bertumpu kepada Senarai Persekutuan, manakala bidang kuasa kerajaan Negeri pula terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Kedua-dua peringkat kerajaan ini bertanggungjawab menjalankan urusan-urusan pentadbiran dan pemerintahan. Mereka tidak melibatkan diri dalam urusan dan hal ehwal Perundangan dan juga Kehakiman 


            Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, badan ini terdapat penjawat-penjawat yang tertentu di kedua-dua peringkat kerajaan. Mereka berperanan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan. Jemaah Menteri (Kabinet) adalah Badan Pemerintah di peringkat Persekutuan, Badan Pemerintah di peringkat Negeri pula dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 


3.1.3 BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF) 


Badan ini hanya berfungsi mengubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat, dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain. Selain daripada mempunyai kuasa mengubal undang-undang Negara, Badan ini juga mempunyai kuasa mengubal undang-undang dalam negerinya. Terdapat tiga jenis undang-undang, undang-undang yang dibuat oleh Parlimen adalah Akta, undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri pula adalah Enakmen, bagi undang-undang yang dibuat oleh kerajaan Sarawak adalah Ordinan. 

Badan Perundangan boleh juga dikenali sebagai Parlimen Malaysia, ia terdiri daripada Yang Di-pertuan Agong dan dua Dewan yang dikenali sebagai Dewan Negara dan juga Dewan Rakyat. Kewangan kerajaan juga dikawal oleh Parlimen, hanya dengan kuat kuasa daripada Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan, barulah cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikan. Setelah semua hasil yang diperoleh dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan, perlukan lagi kuasa Parlimen supaya wang tersebut boleh dibelanjakan.

Dari segi teori pengasingan kuasa tidak terdapat pertindihan kepentingan atau kuasa antara Badan-badan utama ini, tetapi dalam kontek Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan yang unik ini terdapat sedikit kelainan. Kelain ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengizinkan Badan Pemerintah (Jemaah Menteri) bagi mengubal, meminda dan meluluskan undang-undang di atas nama Parlimen. Ini bermakna kuasa mengubal undang-undang menurut Perlembagaan telah diamanahkan kepada Badan Pemerintah. Namun begitu, undang-undang yang siap digubal tidak boleh dikuatkuasakan sehingga Yang Di-pertuan Agong memperkenankan dan bagi satu tempoh yang tertentu. 


3.1.4 BADAN KEHAKIMAN  (JUDISIARI)

Badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia adalah Badan Kehakiman. Badan Kehakiman melaksanakan tugas kehakiman dan kuasanya terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Badan ini berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh pihak kerajaan ataupun orang perseorangan. Seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara jenayah dan sivil. Perkara jenayah adalah melibatkan kanun keseksaan, manakala perkara sivil pula berkaitan dengan saman dan biasanya memerlukan afidavit.

Selain itu, Badan Kehakiman mempunyai kuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Badan Kehakiman boleh juga menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan Pemerintah dan Badan Perundangan. Mahkamah yang mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. Bagi sesuatu tindakan kerajaan yang tidak sah di sisi undang-undang, hanya Badan Kehakiman yang mempunyai kuasa mengisytiharkannya. Mahkamah tiada kuasa meminda undang-undang, kerana perkara tersebut merupakan kuasa Badan Perundangan (Parlimen).

Dengan kata lain, Badan Kehakiman bertindak sebagai satu intitusi yang menjaga keluhuran Perlembagaan dan memelihara keseimbangan kuasa antara Badan Pemerintah dan Badan Perundangan. Peranan kedua bagi Badan Kehakiman adalah menjaga keadilan. Hukuman dan keadilan yang diputuskan oleh Badan Kehakiman tidak mengira atau dipengaruhi oleh status, darjat, bangsa, agama atau keturunan seseorang. Hakim yang dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri tidak dibenarkan bergiat dalam politik


3.2 DEMOKRASI BERPARLIMEN 

Kerajaan Demokrasi Berparlimen diperkenalkan di Malaysia buat pertama kalinya apabila Majlis Persekutuan (Federal Council) ditubuhkan pada tahun 1909. Pada tahun 1927, majlis ini telah mengalami sedikit perubahan, bentuk asal majlis ini masih dikekalkan, tetapi Raja atau Sultan tidak lagi menjadi ahli dan digantikan dengan lebih ramai wakil yang dilantik dari pelbagai sektor dan pegawai-pegawai pentadbir British. Pada tahun 1951, sistem baru yang diberi nama Sistem Ahli (Member system) telah diperkenalkan. Sistem Ahli ini merupakan satu mini kabinet kerana ahli-ahli yang mengetuainya bersifat seorang menteri. Ini merupakan satu peralihan pentadbiran dan satu langkah positif yang biasa dilakukan oleh British kepada tanah jajahannya.

Demokrasi Berparlimen  ialah corak kerajaan yang memberi peluang kepada rakyat melibatkan diri dalam sistem perlembagaan negara. Dengan mengamalkan demokrasi berparlimen, rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya, maka mereka bolehlah menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Ini membawa makna Demokrasi Berparlimen adalah corak kerajaan yang bergantung pada persetujuan ramai. Suara rakyat adalah amat penting dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran  ini dapat kami lihat dari slogan “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat” yang telah digunapakai dalam sistem pemerintahan Malaysia. Selain daripada itu, undang-undang juga digubal oleh rakyat ataupun perwakilan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.


3.3 RAJA BERPERLEMBAGAAN  

Sistem Raja Berperlembagaan pula adalah suatu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Pemerintah iaitu Yang Di-Pertuan Agong akan dilantik oleh Raja-raja Melayu dan dibantu oleh Perdana Menteri. Yang Di-Pertuan Agong bertindak nasihat Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali perkara yang memerlukan budi bicara baginda. Yang Di-Pertuan Agong merupakan tonggak keagungan Malaysia dan juga simbol perpaduan rakyat sejak merdeka hingga kini. Baginda dipilih daripada kalangan 9 Raja Melayu secara bergilir-gilir mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu: Negeri Sembilan – Selangor – Perlis – Terengganu – Kedah – Kelantan – Pahang – Johor – Perak. Yang Di-Pertuan Agong selain daripada memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja, baginda juga membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di Malaysia.

Malaysia telah memilih mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan. Maka Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara[2] Malaysia. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berasaskan sistem Persekutuan. Ini bermakna, semua negeri yang terdapat di Malaysia telah bersetujui dengan konsep penubuhan negara Malaysia. Dan setiap negeri yang terbabit akan menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti pertahanan, pelajaran, kewangan dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia (ditadbir oleh Kerajaan Pusat). Ia telah tercatat ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. 


3.4 PILIHAN RAYA  

Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak samada di peringkat persekutuan mahupun negeri. malahan peluang membuang undi telah pernah dinikmat oleh rakyat negara ini sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1951 dan 1955. 

Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan.ataupun negeri. secara umum, pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketelusan pengundiaan tercapai melalui prosuder yang kemas dan teratur.Walau bagaimanapun,pengiraan undi dilaksanakan secara terbuka. calon yang mendapat und yang terbanyak dikira sebagai menang. kemenangan tetap diambil kira walaupon dengan majoriti mudah.